Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan
Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan
seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang
terkaya di Malaysia, juga sebagai Pengerusi Yayasan
Albukhary. Pada 2008, beliau telah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah
bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Adalah seorang yang suka
berahsia.Pada tahun 2009 beliau telah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang.
Majalah Malaysian
Business memaparkan harta yang
dimiliki beliau adalah bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya
menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Majalah
Forbes, memaparkan beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara dan menjadi orang
kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent
Tan. Kekuatan syarikatnya mempunyai pekerja seramai 67,700 orang.Beliau juga
merupakan 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid
Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla
Keluarga dan pendidikan
Anak kelahiran Alor Setar, Kedah -1951. Gagal menduduki perperiksaan SPM akibat dari kesempitan wang. Salasialahnya berasal daripada Hadhratmaut, Yemen.Bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat. Berhijrah ke Asia Tengah(berniaga) kemudian ke Thailand, dan mengambil keputusan untuk menetap di Kedah(1940-an)Ketika berumur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.
Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik beradik.
Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan
hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak
mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah
hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed
Rahmat untuk sentiasa menderma kepada orang miskin.
Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan
Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil
perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah.
Mempunyai tujuh orang anak.
Kerjaya perniagaan runcit
Bersama ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung
pendapatan keluarga. Menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan
Jah.Membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan
masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand,
Kedah dan Perlis . Memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu
dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil
peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di
pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran
sekitar Alor Setar.
Pada 1972, mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan membuat
pinjaman sebanyak RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori
Mercedes 911LS. Kemudian beliau membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat
Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus
syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan
beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah
lori.
Pada 1974, beliau membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan
Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan
Bandar (UDA).Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon
lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN)
(Bernas).Mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA
Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Syarikat usahasama
Syarikat usaha sama Bukhary Sdn. Bhd (52%) dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee(32%) seorang pedagang beras dan Chua Chong Tan(16%) seorang pengilang beras.Pada
15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini
mencecah RM250 juta.
Pada 1977, Bukhary (KL) Sdn. Bhd beroperasi di rumah kedai empat tingkat
di Jalan Pahang - perjanjian sewa beli dengan UDA. Mendapat kontrak
bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak
sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi
pusat pembungkusan.
Pada 1979,Syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New
Zealand Milk Products (49 %). Antar produk yang diedarkan dengan adalah
Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam
Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Tahun 1978, menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China dengan menjalankan sistem barter menukarkan koko dari
Malaysia dengan teh dari China. Mendapat kontrak membekalkan 120,000
pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam tentera.
Menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama CrocodileAmtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.)
Menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama CrocodileAmtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.)
Penswastaan pelabuhan
Beliau menubuhkan Bukhari syarikat perkapalan dan bertindak sebagai
broker kapal di bawah polisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia.
Membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1
juta dan diberi nama 'Angsa Mas' untuk mengangkut beras
dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Beliau terpaksa menjual kapalnya
pada harga USD600,000, kerana rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta –
USD600,000).
Membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Dasar penswastaan dijalankan oleh kerajaan telah mengurangkan
kebergantungan kepada kerajaan . Menteri Besar Johor ketika itu ialah
Tan Sri Muhyiddin Yassin . Syed Mokhtar membeli Johor Port melalui
tender pada harga RM330 juta menerusi program penswastaan dan
menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas bagi menyaingi Singapura. Johor
Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta.
Keadaan ini meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa,
iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen
Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Apabila bekalan air diswastakan, beliau menubuhkan syarikat usahasama
Equiventure Sdn. Bhd. dengan Kembangan Dinamik (49 %) dan Pilecon Bhd.
serta syarikat Perancis,Oneo.
Lebuh raya
Syed Mokhtar membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation pada harga
RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). MMC mendapat
kontrak membina Lebuh Raya Pantai Timur iaitu lebuh raya sambungan
dari Karak ke Kuala Terengganu . Turut memilik saham 22.7 % dalam
Malakoff Berhad iaitu IPP iaitu
syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia . 20 peratus pegangan
dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah
pembuatan.
Beliau memiliki 18 % pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam
perdagangan beras dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings
Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan.
Manakala 18.7 % pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat
pemasaran dan pengedaran barangan elektronik . Syed mokhtar juga
mempunyai 100 % kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan
pengedaran buku di Malaysia dan Singapura.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International
Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek
Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan
dalam Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas
Nasional Berhad (Bernas), Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn.
Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd.
dan banyak lagi.
MMC Corp Bhd telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya
mendapatkan projek landasan kereta api berkembar bernilai RM14.5 billion
sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi.
Projek ini bernilai $3.8 bilion dan tender diperolehi sebelum Dr
Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 2003.
Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti
dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. MMC juga mempunyai
tanah di Senai Industrial Park dan membeli Senai Terminal Services Sdn.
Bhd. (SATS). Pada 1 November 2003,SATS mengambilalih Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) pada
harga RM80 juta.[14]
Menerusi syarikat DRB-Hicom Bhd. (DRB)miliknya, membeli syarikat kereta
Lotus dari Proton Holding bhd pada harga RM1.29 bilion.DRB-Hicom juga
memiliki 32.21 % dalam Pos Malaysia Bhd.
Kerja kebajikan
Yayasan (Islam) Al-Bukhary adalah satu yayasan yang ditubuhkan pada
1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai
RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan
kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melaluinya juga,
sebanyak RM1 Bilion telah didermakan untuk membiayai pelbagai program
kebajikan.
Menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen
telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu
dan mereka yang cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran
ke peringkat tinggi.Para guru mendapat bayaran RM40 sejam untuk
mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris. Bantuan turut
disalurkan kepada ke negara Pakistan, Uganda, Afrika
Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47
buah negara Islam yang kini belajar di Malaysia.
Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa
Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010. Bekas Naib
Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib
Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di
Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar.
Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi
dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin haemodialysis secara
percuma.
Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan beliau membaik
pulih Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid
di Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5 juta -3000
jemaah); Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala
Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.
Yayasan ini juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998.
Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak
masjid untuk menunaikan Haji setiap tahun.
Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004.
Kompleks ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat
perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua
dan pusat pengajian tinggi.
Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta.
Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik
yang memaparkan hasil seni Islam.
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta
kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam
yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang
membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) bagi mengasaskan
Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani,
Kedah.
Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi
menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang
agama dan kepercayaan.
Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek
Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi
menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa
kepada para pelajar yang kurang mampu.
Tokoh Maal Hijrah 2008/1429H
10 Januari 2008, Syed Mokhtar diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan . Beliau menerima hadiah berupa piala, pingat dan
wang tunai RM80,000 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan
Mizan Zainal Abidin.Turut hadir di majlis itu ialah Raja Permaisuri
Agong Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri MalaysiaDatuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan Timbalan Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah
Mansor.