Zero To Hero Anis

PROFIL USAHAWAN PILIHAN

 PADILAH ENDA SULAIMAN
 Pengarah Urusan
 Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd

 Ground Floor 7-61-03, Jln Medan Pusat
 Bandar 8A, Bangi Sentral,
 43650, Bandar Baru Bangi Selangor

 +6010-6000864(hp)
 03-77271445(faks)
 http://sitikhadijah.com

Pemilik syarikat Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (SKA), Padzilah Enda Sulaiman bertekad menghabiskan masanya menjadi usahawan dalam bidang jahitan sejak 2008 demi mahu muslimah tampil mengikut syariat dan selesa ketika beribadat dengan menyediakan telekung yang menepati citarasa dan keselesaan pemakainya.

 PERMULAAN SYARIKAT

Tamat SPM, Padzilah tidak meneruskan pengajian sebaliknya bekerja dalam pelbagai bidang sehinggalah bertemu jodoh dengan jurutera, Aminudin Mohd Nasir pada 1985.  Padzilah membuka butik Cantik Hias pada tahun 1995, memberikan khidmat jahitan langsir dan hiasan dalaman kediaman. Bagaimanapun butik tersebut terpaksa ditutup setahun kemudian kerana kegawatan ekonomi dan ketiadaan ilmu perniagaan yang mantap. Kemudian beliau menjadi pengedar kosmetik dan Multi Level Marketing (MLM). Namun, perniagaan tersebut juga tidak mendatangkan keuntungan yang menyebabkan beliau berhenti berniaga dan menumpukan perhatian menjadi surirumah.
Bermula melalui pengalaman sendiri dan rakan- rakan yang mengalami masalah ketika memakai telekung dan tidak kemas, menyebabkan dia  menghasilkan kain telekung sendiri. Maklum balas rakan-rakan terhadap telekung jahitannya menyebabkan beliau kembali ingin bergiat dalam dunia jahitan dan perniagaan telekung.

CABARAN PERNIAGAAN

Pn. Padzilah mula memasarkan telekung rekaannya dengan harga RM235 sepasang. Namun, telekung rekaannya tidaklah mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Beliau bertekad untuk cuba memasarkan telekungnya kepada Jemaah umrah dan haji melalui agensi-agensi umrah dan haji. Namun usaha beliau masih belum mendatangkan hasil apabila agensi umrah dan haji tidak berminat untuk memasarkan telekung rekaan kepada Jemaah mereka. Dalam rasa kecewa, beliau turut memberikan telekung percuma kepada kawan-kawan, selebriti yang dikenali termasuk sahabat media dan saudara mara terdekat sebagai hadiah untuk menghabiskan telekung yang telah disiapkan itu. Usaha terakhirnya berjaya, apabila mereka yang menerima hadiah telekungnya mula menyatakan kepuasan dan keselesaan menggunakan telekung rekaannya. Sahabat medianya turut, menzahirkan maklum balas penggunaan telekungnya dalam artikel penulisannya dan dari saat itulah, bermulanya jenama telekung siti Khadijah dikenali ramai.

STRATEGI PERNIAGAAN

Usai mereka cipta sehelai telekung yang memuaskan, beliau segera mendaftarkan patternnya ke bahagian reka bentuk industri di atas jenama Siti Khadijah agar tidak ditiru pengeluar lain. Reka bentuk pertama ciptaannya diberi jolokan Klasik di mana kelebihan pada telekung tersebut adalah bahagian muka, dahi dan dagu yang selesa dipakai. Mendapat idea, hasil cetusan rakan tersebut, Padzilah kemudiannya memulakan langkah memasarkan telekungnya di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, berkat niatnya bersedekah telekung rekaan kepada sahabat-sahabat memberi peluang kepadanya apabila ada antara sahabatnya menulis tentang telekung rekaannya dalam artikel sebuah majalah sehingga telekung rekaannya mula dikenali oleh masyarakat sekaligus memberi ruang promosi dan pemasaran kepada telekung jenama Siti Khadijah.

KEJAYAAN PERNIAGAAN

Kejayaan yang dikecapi SKA bukanlah semudah disangka. Namun, berkat kesabaran yang tinggi, Padzilah berjaya melalui pelbagai cabaran untuk bergelar usahawan yang berjaya. Kini, saya memiliki 50 pekerja termasuk tukang jahit dan bahagian eksekutif. Saya mempunyai kilang sendiri di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi yang dibeli sejak beberapa bulan lalu. Kos membeli kilang adalah RM800, 000 dan mempunyai 30 mesin jahit automatik dan biasa. Butiknya juga menjual keperluan haji dan umrah serta pakaian baju kurung dan kemeja. Padzilah berkata, dia menubuhkan akademi jahitan untuk memberikan peluang kepada ibu tunggal dan wanita yang meminati bidang tersebut meningkatkan kemahiran dan ilmu keusahawanan.

KUNCI KEJAYAAN

Dalam membangunkan Siti Khadijah, Padzilah mengakui banyak menyertai kursus berkaitan perniagaan dan pemasaran. Selain itu beliau juga menyertai kursus motivasi dalam membentuk peribadi yang positif di samping kursus kewangan. Prinsip Siti Khadijah bukan semata-mata berpaksikan keuntungan tetapi untuk membantu orang ramai dan bertanggungjawab terhadap ummah dan negara.

PRODUK TELEKUNG SITI KHADIJAH 

Nama produk Siti Khadijah dipilih atas keistimewaan dan kehebatan isteri Rasullullah SAW iaitu Siti Khadijah.

KEUNIKAN TELEKUNG SITI KHADIJAH

Telekung Siti Khadijah menggunakan tiga jenis fabrik, iaitu 100 peratus kain kapas, 100 peratus kain poliester bergred tinggi dan campuran kain kapas serta poliester berwarna putih dan kuning air.

Telekung juga dibuat dalam tiga saiz, iaitu S, M dan L. Bagaimanapun tempahan saiz XS dan XL diterima. Harga bagi setiap helai telekung adalah di antara RM100 hingga RM480 (ada juga ribuan ringgit). Terdapat tiga rekaan telekung, iaitu asli, klasik dan moden dengan tiga pilihan labuh telekung, iaitu labuh standard, ekstra labuh dan midi mengikut keselesaan dan kesesuaian pemakainya.

Keunikan telekung siti Khadijah ialah pada keselesaan dan rekaan muka yang terletak elok menarik perhatian ramai jemaah haji dan umrah dari negara lain untuk bertanya tentang rekaannya selain penggunaan fabrik yang diolah mengikut cuaca. Penggunaan kain mudah renggang dan menampilkan lapisan bawah dagu, memberi fleksibiliti untuk pelbagai saiz wajah dan kelihatan kemas dipakai ketika menunaikan solat. Telekung ini sesuai juga untuk kegunaan haji dan umrah kerana tidak panas dan selesa dipakai. Telekung tanpa kain yang praktikal digunakan semasa menunaikan umrah atau haji kerana menjamin keselesaan semasa menunaikan tawaf atau saei.

Contoh Sumber Rujukan :

http://www.sinarharian.com.my/rencana/telekung-siti-khadijah-ke-persada-dunia-1.318907
http://www.sinarharian.com.my/personaliti/jenama-unggul-busana-solat-1.364209
https://sitikhadijah.com/
https://sitikhadijah.com/index.php/online-store#!/Telekung/c/12775071/offset=0&sort=normal
http://www.majalahniaga.com/statuspilihan-bagaimana-siti-khadijah-menjenamakan-telekung-premium.html
http://akuislam.com/blog/review-produk/telekung-siti-khadijah/